Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullillah, aku sangat bersyukur hari ini dah CD1. Aliran darah sangat lancar. Tak ada spotting-spotting. Cycle kali ini 37 hari. Semoga cycle period akan semakin teratur seperti wanita normal lain. Amin.
Showing posts with label ttc. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 11, 2012
CD 23
Assalamualaikum w.b.t
Bulan ni tak ada buat apa-apa treatment kecuali berurut. Bulan ni bajet ada lari sket sebab beli barang-barang rumah. Kitorang dah plan nak duduk berdua nanti. Maybe awal tahun depan baru pindah. So, maybe dah setel pindah baru lah fikir next step pulak. Pelan-pelan kayuh lah kan. Setel kan satu-satu dulu. Bila betul-betul dah sedia dari segi kewangan barulah jumpa O&G semula.
Ya Allah, berilah kesabaran, ketabahan dan kuatkan lah hati aku dan suamiku untuk menempuhi dugaan hidup di dunia ini. Cekalkan hati kami dan jauhkanlah kami dari perasaan putus asa. Kau murahkan rezeki kami dan mempermudahkanlah kami untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Friday, November 23, 2012
Berurut
Assalamualaikum w.b.t
Salam Jumaat. Esok aku balik kampung nak gi berurut. Dah lama emak suruh aku berurut dengan makcik ni. Aku ni badan jenis berangin, makan sikit je dah berangin. Makan makanan tak berangin pun still berangin jugak. Tak tahu nak buat macam mana dah.
Sebelum ini memang pernah berurut jugak dengan makcik urut lain, tapi sama je lepas sehari berurut, esoknya badan dah penuh berangin balik. Sampai perut pun buncit mengalahkan perempuan mengandung 2 bulan. Aku malas nak berurut-urut ni, sebab habis satu badan sakit-sakit, lebam-lebam. Tapi sebab Emak suruh jugak mana lah tahu serasi dengan tukang urut ni. Aku pun setuju je lah. Ini pun salah satu cabang usaha jugak kan. Manalah tahu lepas berurut ni boleh lekat pulak. Aku pun tak berapa tahu sangat kalau berurut ni boleh betulkan rahim aku ke kedudukan asal ke tak. Urm, tak apa lah kita berusaha je setakat yang kita mampu. Semuanya dengan izin Allah. In shaa Allah. Semoga dipermudahkan. Amin.

Thursday, November 22, 2012
CD4
Assalamualaikum w.b.t
Doktor kata next appointment CD12. CD12 jatuh pada 30hb ni. Semoga telur ku yang comel membesar dengan hebat. Amin.

Wednesday, November 21, 2012
Sabar itu indah~
Assalamualaikum w.b.t
Aku memang mengimpikan mempunyai anak yang ramai satu hari nanti. Aku telah menyimpan impian itu sedari aku masih menuntut di Universiti. Aku penah terfikir alangkah baiknya kalau kita boleh mengandung sendiri tanpa perlu dengan bantuan lelaki. Tapi itu memang tidak mungkinkan.
Aku memang ditakdirkan bertemu jodoh lambat, umur 29 tahun baru aku berkahwin setelah beberapa kali kecewa dalam cinta. Tapi aku benar-benar bersyukur kerana aku berkahwin dengan lelaki yang betul-betul lebih baik dari lelaki yang pernah aku cinta sebelum ini. Aku mengenali dia 5 tahun sebelum aku membuka hati untuk menerima dia sebagai suamiku. Aku cuba menjauhkan diri dari dia kerana usianya yang muda 3 tahun dariku menyebabkan aku tidak yakin. Tapi Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untukku. Hati aku terbuka juga untuk dia dan aku tidak menyesal meninggalkan lelaki sebelumnya yang selalu membuat aku derita dengan janji-janjinya yang seperti angin lalu.Semoga hubungan yang dibina kerana Allah ini kekal selamanya.
En.Suami memang menyukai kanak-kanak, ini dapat dilihat bila dia melayan karenah anak-anak buahnya tanpa jemu. Aku pun berharap kami akan dapat anak cepat-cepat. Tapi Allah lebih berkuasa. Kita hanyalah hambanya yang lemah. Banyak kekurangan, banyak yang kita tidak tahu tentang diri kiti sendiri. Periodku mula tidak teratur selepas kahwin.Di awal perkahwinan aku delay period lebih dari 2 bulan. Berapa banyak kali aku buat UPT, tapi still negative. Akhirnya aku period juga, dan kecewanya tuhan saja yang tahu. Aku sangat berharap aku bunting pelamin masa tu huhu..Tapi Allah lebih mengetahui. Selepas itu aku mencuba bermacam-macam ubatan tradisional aku try..bidadari, maajun warisan, jus perawan, pil d'folia+sedu arrow etc. Period aku dari cycle 64 hari jadi lebih pendek ke 39 hari, ,28 hari. Tapi bila aku stop makan dia jadi lama semula ke 40 hari, 54 hari.
Bila dah jadi macam ni, aku terfikir mungkin aku ada masalah dengan sistem peranakan aku, so aku decided to go to O&G. dan akhirnya semua terjawab..Rahim aku retroverted dan aku ada pcos sebab bila scan telur aku kecil-kecil. Menurut Doktor Retroverted Uterus memang susah nak lekat sebab rahimnya terkebelakang ke tulang belakang. Hanya 20% je peluang aku untuk hamil.Doktor mencadangkan aku untuk membuat pembedahan membetulkan kedudukan rahim dan cek tiub sekali. Tapi buat masa ni, doktor suruh amik clomid dan metformin untuk besarkan telur aku yang comel-comel je tu. Ada satu telur membesar 19mm, doktor cucuk HCg untuk bagi telur tu keluar dalam masa 36 jam kitorang kena bersama. Doktor bekalkan duphaston dan folic acid dan doktor bagi waktu sepatutnya aku kena wat UPT tapi sebelum sampai tarikh tu aku da period da. Maknanye cycle ni tak berjaya lagi. Aku down sangat. Kenapa lah susah sangat nak lekat. Tapi aku cuba positif dan redha.
Mungkin belum sampai masa lagi, belum rezeki aku lagi. Entah-entah bulan depan aku conceive, kalau tak bulan depan, bulan depan lagi, tak pun tahun depan. Banyak masa lagi. sabarlah hati. Ada ramai lagi yang da bertahun-tahun kahwin, lagi banyak diorang berusaha dan bersabar. Akhirnya, diorang dapat rasa juga kemanisan penantian tu. So, tabah dan bersabarlah seperti mereka. Allah bersama dengan orang yang bersabar. Percaya lah pada Allah. Don't ever give up Zu. Allah with you.

Subscribe to:
Posts (Atom)