Assalamualaikum w.b.t
Aku memang mengimpikan mempunyai anak yang ramai satu hari nanti. Aku telah menyimpan impian itu sedari aku masih menuntut di Universiti. Aku penah terfikir alangkah baiknya kalau kita boleh mengandung sendiri tanpa perlu dengan bantuan lelaki. Tapi itu memang tidak mungkinkan.
Aku memang ditakdirkan bertemu jodoh lambat, umur 29 tahun baru aku berkahwin setelah beberapa kali kecewa dalam cinta. Tapi aku benar-benar bersyukur kerana aku berkahwin dengan lelaki yang betul-betul lebih baik dari lelaki yang pernah aku cinta sebelum ini. Aku mengenali dia 5 tahun sebelum aku membuka hati untuk menerima dia sebagai suamiku. Aku cuba menjauhkan diri dari dia kerana usianya yang muda 3 tahun dariku menyebabkan aku tidak yakin. Tapi Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untukku. Hati aku terbuka juga untuk dia dan aku tidak menyesal meninggalkan lelaki sebelumnya yang selalu membuat aku derita dengan janji-janjinya yang seperti angin lalu.Semoga hubungan yang dibina kerana Allah ini kekal selamanya.
En.Suami memang menyukai kanak-kanak, ini dapat dilihat bila dia melayan karenah anak-anak buahnya tanpa jemu. Aku pun berharap kami akan dapat anak cepat-cepat. Tapi Allah lebih berkuasa. Kita hanyalah hambanya yang lemah. Banyak kekurangan, banyak yang kita tidak tahu tentang diri kiti sendiri. Periodku mula tidak teratur selepas kahwin.Di awal perkahwinan aku delay period lebih dari 2 bulan. Berapa banyak kali aku buat UPT, tapi still negative. Akhirnya aku period juga, dan kecewanya tuhan saja yang tahu. Aku sangat berharap aku bunting pelamin masa tu huhu..Tapi Allah lebih mengetahui. Selepas itu aku mencuba bermacam-macam ubatan tradisional aku try..bidadari, maajun warisan, jus perawan, pil d'folia+sedu arrow etc. Period aku dari cycle 64 hari jadi lebih pendek ke 39 hari, ,28 hari. Tapi bila aku stop makan dia jadi lama semula ke 40 hari, 54 hari.
Bila dah jadi macam ni, aku terfikir mungkin aku ada masalah dengan sistem peranakan aku, so aku decided to go to O&G. dan akhirnya semua terjawab..Rahim aku retroverted dan aku ada pcos sebab bila scan telur aku kecil-kecil. Menurut Doktor Retroverted Uterus memang susah nak lekat sebab rahimnya terkebelakang ke tulang belakang. Hanya 20% je peluang aku untuk hamil.Doktor mencadangkan aku untuk membuat pembedahan membetulkan kedudukan rahim dan cek tiub sekali. Tapi buat masa ni, doktor suruh amik clomid dan metformin untuk besarkan telur aku yang comel-comel je tu. Ada satu telur membesar 19mm, doktor cucuk HCg untuk bagi telur tu keluar dalam masa 36 jam kitorang kena bersama. Doktor bekalkan duphaston dan folic acid dan doktor bagi waktu sepatutnya aku kena wat UPT tapi sebelum sampai tarikh tu aku da period da. Maknanye cycle ni tak berjaya lagi. Aku down sangat. Kenapa lah susah sangat nak lekat. Tapi aku cuba positif dan redha.
Mungkin belum sampai masa lagi, belum rezeki aku lagi. Entah-entah bulan depan aku conceive, kalau tak bulan depan, bulan depan lagi, tak pun tahun depan. Banyak masa lagi. sabarlah hati. Ada ramai lagi yang da bertahun-tahun kahwin, lagi banyak diorang berusaha dan bersabar. Akhirnya, diorang dapat rasa juga kemanisan penantian tu. So, tabah dan bersabarlah seperti mereka. Allah bersama dengan orang yang bersabar. Percaya lah pada Allah. Don't ever give up Zu. Allah with you.
No comments:
Post a Comment