Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, February 22, 2013

alhamdulillah~

Assalamualaikum w.b.t.

Lama menyepi..dan aku ada berita gembira..alhamdulillah..Doaku dan suamiku dah di makbulkan..masih awal lagi...semoga segalanya dipermudahkan..amin.

Pregnancy%20ticker

Wednesday, December 26, 2012

CD 1

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullillah, aku sangat bersyukur hari ini dah CD1. Aliran darah sangat lancar. Tak ada spotting-spotting. Cycle kali ini 37 hari. Semoga cycle period akan semakin teratur seperti wanita normal lain. Amin.

Tuesday, December 18, 2012

Selamat Hari Selasa

Assalamualaikum w.b.t.

Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir, Ya Allah, permudahkan lah urusan ku hari ini dan hari-hari akan datang. Amin.

Tuesday, September 18, 2012

Tabiat ini boleh bawaku ke neraka~

Assalamualaikum WBT 

Sesungguhnya diri ini selalu sahaja lalai, lemah dan selalu mengikut kata hati..cepat saja dihasut syaitan..cepat sahaja di rasuk amarah..cepat sahaja menuding jari mencari kesalahan orang lain tanpa menilai diri sendiri yang banyak kekurangan.

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hambamu yang lemah..sentiasa melakukan kesilapan, tersalah langkah, tersilap kata.. tersilap perkiraan..sesungguhnya aku hambamu yang lemah, yang tidak sempurna..ampunkan lah aku Ya Allah..berikanlah aku peluang untuk membetulkan diriku dan bertaubat pada-Mu..Semoga aku mati dalam keadaan beriman kepada-Mu Ya Allah.

Aku ingin berkongsi artikel yang telah aku baca dari laman ini --->http://www.lamankongsi.com/2012/04/2-tabiat-perempuan-bawa-ke-neraka.html.. Aku copypaste saja ye..sebagai peringatan untuk aku yang selalu lalai..supaya tidak terjerumus terlalu jauh..sebagai seorang isteri aku mesti taat pada suami walau apa keadaan pun selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.. wanzuu, ingatlah!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



krdt to -->http://www.lamankongsi.com/2012/04/2-tabiat-perempuan-bawa-ke-neraka.html

Thursday, July 12, 2012

Sabar lah hati..~

Assalamualaikum WBT







 “... ALLAH is the Best of Planners!” [Ali-Imraan (3):54] 



 “... and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.” [Al-Baqarah (2):216] 



copy paste from here


Pesanan to myself : Jangan mengeluh, bersabarla..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Monday, March 26, 2012

Yey!da kawin! =)


+03.03.2012+
Love you so much Sayang! xoxo

Tuesday, February 21, 2012

11 days to go~

~Save the date : 03.03.2012~

I love you so much my hubby to be! =)
 Thanks to shukor for this lovely pix~

Friday, February 17, 2012

Dup dap dup dap~

2 more weeks to go..

gulp..

Ya Allah permudahkanlah segalanya.. amin.



Tuesday, December 27, 2011

Kau Pergi Satu Persatu.


Maafkan aku sayang, aku tak dapat menjaga kau dengan baik. 

Aku bersalah dan kejam terhadap kalian.

Maafkan aku kerana mengabaikan kamu.

Maafkan aku.

Semuanya dah terlambat.

Penyesalan tiada gunanya T_____T 

Harap kau lebih tenang di sana.

Amin.

(+Feb 04- bye2 tam tam)

Kau tetap dalam kenangan, o-rain, ceven n tam tam T_______T















One Step Closer..I'll Love You For A Thousand More.


For Lyrics--> here

Monday, December 19, 2011

It's Confirmed! =)

Assalamualaikum WBT.


Alhamdulillah..finally tarikh dah confirmed. Tarikh apa? 


Tarikh Kahwin.. ;)


I'm happy but nervous!


On 11/12/11, Kedua-dua famili dah sepakat nak langsungkan majlis dalam bulan March, 2012.


Huhu..takut tak?takut tak? dah dekat sangat ni & banyak kene fikir..hermm..


Kawan-kawanku, Pray for me k ;)

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum WBT.


P/s : Susu baik untuk kesihatan tulang. Memandangkan usia makin meningkat, Sila lah merajinkan diri meminum susu setiap hari ye!

Thursday, November 24, 2011

Nervous.


pix from here

Wednesday, November 16, 2011

Rushing..Eh, Runsing.

Sebelah sini nak bulan 3...






..yang sebelah sini pulak nak bulan 6







runsing 





runsing 





runsing





Sepatutnya perkara yang baik eloklah di percepatkan..






Tapi....





Banyak hati yang perlu dijaga..






Banyak perkara yang perlu di timbang tara.. 






Sigh..

Friday, November 11, 2011

Falling In Love...Again?




I'd closed my heart and told myself ''not to love'', 
you knocked the door and I opened it up, 
I didn't know what to think or do, 
I just knew that I want to be with you. 

Scared that someone might hurt me again, 
promise me of his love and then leave me in pain, 
even then I let you in my life, 
to love you till the end of my life. 

I always had a dream in mind, 
to be loved and to love someone, 
I've fallen once in this crime, 
but I don't wanna fail this time. 

People don't know how much it hurts, 
to lose a person you were with, 
to lose all your dreams and your hopes, 
to realize one day your love was a myth. 

So now again ''I am in love'', 
to be with you when you've none, 
but just remember my plea...... 
you make me alive, 
you make me, me... 
I've loved you with all my heart, 
from this serene dream, I never wanna part, 
never ever say that you'll leave me again, 
coz without you I am reminded of the desolate fall; 
and without you, I am nothing; 
Nothing At All



copied from here.

Thursday, August 18, 2011

Budak Malas Bertukar Rajin

Assalamualaikum WBT 

Wow..! hari ni sampai ofis awal. Paling awal sepanjang 18 hari berpuasa. Kalau tidak, tiap-tiap hari sampai pukul 9.30 a.m..Tak logik langsung.Office hour pukul 8.00 a.m.okeh..Kau ingat ini ofis bapak kau?!

Urk..

Kalau ofis my bapak, I buat kerja dari rumah je lah boleh? ;p

Owh I nak cerita pasal semalam. Entah dari mana datangnya angin kus-kus rajin masuk dalam badan entah tiba-tiba nak masak pulak. Selalu beli saja dekat kedai-kedai tepi jalan ataupun bazar ramadan. Tapi dah bosan lah, tak tahu nak beli apa dah.

Pukul 4.30 p.m. tepat dah kelam-kabut nak balik rumah, buat-buat lupa yang pagi tadi datang ofis lambat. Budak-budak ofis yang datang awal pun tak balik kelam-kabut macam I.

Beli-beli barang sikit, lepas tu rushing balik rumah takut tak sempat pulak nak masak. Sampai rumah uruskan anak-anak kucing busuk. Oh, lupa nak cakap I ada kucing, 3 ekor. Nanti lah cerita dekat entry lain okeh.

I masak simple-simple saja lah. Kata bujang lah katakan. Nak tahu masak apa? Tak nak?

Tak nak sudah  namamu dollah, tetekmu sebelah..heee..

Taraa..!



I masak kari ayam (nampak macam masak kurma pulak kan?) , sambal sardin masak cili api, dan sayur kobis goreng je pun..Maaflah gambar tak berapa menyelerakan..tapi sumpah sedap oh..haha..Nasib baik ringan senang sikit lah nak masuk bakul angkat sendiri kan ;p

Sila abaikan pinggan mangkuk free tu ye, orang bujang tak ada hati lagi nak beli pinggan mangkuk set pyrex bagai. T_T

Eh, hari ini nak masak apa ye? Dalam kepala dah terbayang sambal tumis udang ni..slurp..telan air liur..
Ni yang rasa nak blogwalking kat blog masak-memasak..haha..separuh hari pun tak sampai lagi dah fikir pasal makanan..atoiyai..sabar je lah.



Wednesday, August 17, 2011

Ini Tidak Adil

Assalamualaikum WBT

Firstly,  nak ucapkan Salam Nuzul Quran dan selamat bercuti kepada yang dapat cuti sobs. I kerja dekat KL, terpaksalah bekerja dengan jayanya.

Terpaksa ke?

Oh tidak-tidak..I ikhlas bekerja hari ini. Bekerja tu kan ibadah Zuhal oi..!

Tapi...

Tapi.....

Tapi.........

Tapi untung lah korang yg dapat cuti, penuh agaknya KL hari ini. Dengar-dengar Sogo pagi-pagi dah penuh. Jalan TAR dah tentu-tentu lah penuh jugak kan..uishh..ayat berbau jeles di situ.. T_T

Mesti jem jalan petang karang..eceh macam la I drive..ehehe

Ok laaa, I nak sambung buat kerja. I kan pekerja berdedikasi. Tak boleh curi tulang lama-lama. Lagipun hari ini puasa, mana boleh makan walaupun hanya tulang tak kelakar.

Monday, August 15, 2011

Hello Blog!

Alhamdulillah yey akhirnya dapat juga buat blog baru!
I heart you blog XOXO

AWW NAMA BLOG TAK BOLEH BLAH. MEMANG SENGAJA :B